Fruity Cherry Heart
topbella

Sunday, August 14, 2011

La Tahzan Innallaha Ma'ana... ;(

Bukan semua kesakitan adalah keperitan namun bukan semua kegembiraan adalah kebahagiaan...kadang2 kita perlu sakit untuk mendapat satu kebahagiaan...atau kadang2 kita terpaksa melupakan kegembiraan dan rasai keperitan demi sebuah kebahagiaan...pelik kan dunia nie? Ada orang yang sanggup untuk menghadapi semua keperitan dan penderitaan demi untuk mendapatkan kegembiraan yang sebenarnya belum tentu mampu untuk memberikan kebahagiaan kepada dirinya sendiri...namun,kerana sayang...kerana kasih...semua itu diketepikan...

Kadang2 kita menganggap dunia ini tidak adil terhadap kita...bila kita cuba jadi yang terbaik dan buat yang terbaik untuk semua orang disekeliling kita...tp,masih lagi ada yang mempertikaikan semua itu...masih ada yang langsung tidak merasainya...ada juga yang langsung tak kisah pun dgn semua pengorbanan tu...dan yang paling merobek hati dan perasaan adalah apabila kita langsung tidak dihargai...

Mungkin kita takkan sekalipun mampu untuk menjadi sempurna seperti yang semua orang harapkan...tapi sekurang-kurangnya orang tu perlu tahu yang kita dah cuba yang terbaik utk menjadi yang terbaik dan bahagiakan semua orang...mungkin kadang2 kita terus menerus nak sangat3 jaga hati orang lain sampai hati sendiri terabai...tapi semuanya tu GAGAL...semuanya hanyalah kegagalan!!! kita mungkin memang tak pandai jaga hati orang lain...

Kita mungkin tak pandai jaga hati orang lain...kita juga mungkin tak pandai untuk bahagiakan orang lain & kita juga mungkin selalu bagi orang marah kepada kita tapi percayalah...kita dh cuba yang terbaik...kita sering memikirkan perkara itu & menyalahkan diri kita sendiri...tp percayalah...kita dh buat yang terbaik...sungguhpun kadang2...xda sesiapa pun yang pernah fikirkan tentang diri kita...

Setiap kali kita menangis,kita selalu akan memikirkan bahawa kita telah melukakan satu hati...kita selalu merasakan yang kita dah banyak menyusahkan orang lain...kita terlalu memikirkan perkara itu...sehingga hati dan perasaan sendiri tiada siapa yang tahu,namun...bagi orang lain...semua yang kita lakukan serba tak kena..semua yang kita lakukan hanya menimbulkan kemarahan...dan,yang paling2 rasa terluka adalah apabila segala kesilapan lampau kita diungkit kembali...urm... ;(

Namun...kita masih ada tempat mengadu yang benar2 setia mendengar setiap luahan,tangisan & kesedihan kita..setiap yang terjadi adalah ujian belaka...sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya dgn ujian yang diluar kemampuan hambaNya...
La Tahzan,Innallaha ma'ana...jangan bersedih,sesungguhnya Allah bersama saya!
~i'm myself~

9 comments:

al_hakim said...

sabarlah ustazah...

Fiqah Alias said...

@al_hakim
huhu..insyaallah sy mmg cube bersabar..Allah bersama saya..

L said...

ht ini terlalu tebal. tp slalu dilukai.

miZz_nizZ said...

dgn keperitan ni membina kekuatan..insyaAllah.

waeda alias said...

btol tu fiqah.. nak kebahagian yg hakiki kne kne cari, kita kne usaha dan kita kne peryaca Allah akn memberi kita pelangi yg indah suatu hari nanti :)

Fiqah Alias said...

@L
org yg menyakiti selalunye kerana org yg menyakiti tu sendiri disakiti

Fiqah Alias said...

@miZz_nizZ insyaallah..fiqah slalu harapkan begitu.. =)

Fiqah Alias said...

@waeda alias ya,tq waeda..fiqah yakin yg tu sbb every cloud has its own silver lining..fiqah yakin fiqah akan bertemu jgk ngn silver lining tu.. =)

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
i'm myself...