Fruity Cherry Heart
topbella

Friday, July 8, 2011

Kisah seorang BAPA & ANAK (part 1)

Assalamualaikum semua...hari nie fiqah nak kongsikan sebuah kisah...


Satu masa dulu, fiqah pernah ternampak seorang bapa bersama anaknya yang masih kecil sedang menangis…mcm kebiasaannya, kalau anak menangis mesti bapa mereka akan memujuk kan...begitu jugalah fiqah sangkakan yang si bapa akan memujuk dan bertanya kepada anaknya sebab kenapa mereka menangis dengan teruk sampai begitu sekali...tapi, sangkaan fiqah meleset sama sekali…si bapa langsung tak bertanya apatah lagi memujuk anaknya tu...sebaliknya si bapa terus mengambil kayu dan memukul anaknya yang masih kecil itu dengan teruk sambil si bapa menyuruh anak itu untuk diam…fiqah memang terkejut betul dgn kejadian tu….fiqah rasa simpati sangat dgn anak tu…betapa malangnya nasib dia kn…kalaulah fiqah berada di tempat dia...alangkah sedihnya....

Bukan tu je...pada satu hari yang lain pulak, fiqah menonton tv...fiqah pon kurang pasti la channel berapa tp yang pastinya fiqah terkejut sangat...sebab wajah si bapa sama yg pernah fiqah tengok tu muncul dikaca tv dengan senyuman bangganya...ramai wartawan yang dijemput utk membuat liputan si bapa yang sedang menghulurkan BERAS,SUSU,GULA dan beberapa barang KEPERLUAN lain kepada anaknya...si bapa turut diberi penghormatan utk menyampaikan ucapan...ucapannya lebih kurang begini...

"wahai sahabat2 sekalian...dia anak aku...lihat,aku beri dia segalanya...aku beri dia pakaian,aku beri dia makanan dan aku berikan dia tempat tinggal...mana ada orang lain yg mampu bagi semua tu kepada dia selain aku...nak harap orang lain,ada ke dia dapat semua tu...?? tidak!!! "

fiqah agak tersentak jugakla mendengar ucapan tu...urm...fiqah terfikir jugak...bukan ke memberi semua keperluan asas tu sebenarnya adalah TANGGUNGJAWAB SEORANG BAPA...??? jadi kenapa mesti sampai begitu sekali perlunya si bapa tu lakukan...sungguh tak wajar...tapi,itulah yang telah terjadi...seorang BAPA seharusnya sedar bahawa apabila mereka telah menjadi seorang BAPA, ANAK adalah tanggungjawab mereka secara keseluruhannya...dan tanggungjawab tersebut adalah satu amanah yang akan ditanya di akhirat kelak mengenai apa yang telah dilakukan dgn tanggungjawab yg telah dipertanggungjawabkan...wallahu'alam...

3 tahun telah berlalu...si anak telah melangkah dewasa....


(to be continued...)

~i'm myself~


2 comments:

L said...

dtg tgk awex sy pose ke x..haaa!

Fiqah Alias said...

@L
huhu..mstila sy pose..takkan sy x pose plak kn.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
i'm myself...