Sebenarnya,selepas penat jugak la aku merayap menjelajah ke segenap blog sahabat2..aku telah berjaya menitip sedikit ilmu..serba serbi dapat juga upgrade ilmu aku nie..tapi,aku wondering la jugak..kenapa semakin banyak yg aku tau,semakin banyak pulak yg akan rasa aku xtau..?? bukan itu je,malah aku agak tertanya-tanya pada diri..kenapa aku dan kita semua diwajibkan untuk menuntut ilmu..?? ermm..maka...aku pun apa lagi..aku x betah biarkan diri aku tertanya-tanya...and wondering around just like a stupid student (perghh..speaking tuuu..) aku pun mula membuka helaian Al-Quran......
È@è% (#rãÝàR$# #s$tB Îû ÅVºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur 4 $tBur ÓÍ_øóè? àM»tFy$# âäY9$#ur `tã 7Qöqs% w tbqãZÏB÷sã ÇÊÉÊÈ
Katakanlah: "Perhatikanlah apa yaag ada di langit dan di bumi. tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman".(surah yunus:101)
Berdasarkan ayat tersebut,jelas sekali Allah mewajibkan ke atas kita untuk menuntut ilmu dan mengkaji.. ‘tidak tahu’ sesekali x boleh diterima sebagai alasan..kerana jika kita tahu bahawa kita xtau,kita seharusnya perlu berusaha untuk menuntut ilmu…kita x boleh berpeluk tubuh jer..kita kne berusaha..sebab apa? sebab kita berpegang kepada aqidah Sunnah Wa Jamaah (sunnah wa jamaah-berusaha, berikhtiar, berdoa & bertawakal)…
Tuntutan wajib menuntut ilmu ini juga sebenarnya bertepatan dengan nikmat akal yang telah Allah kurniakan kepada kita..Allah telah mengurniakan kita semua akal fikiran yang waras,maka sudah pastinya kita tidak boleh mengingkari nikmat akal yang waras tersebut dengan berfikir ke arah melakukan dosa mahupun perkara-perkara yang bercanggah dengan islam...hal ini telah dijelaskan dengan terang dalam surah At-Tin ayat 4 seperti berikut..(yang bermaksud..)
4. Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .
Surah ini jelas merujuk kepada kesempurnaan ciptaan Allah (manusia) yg diciptakan istimewa berbanding haiwan,tumbuhan serta makhluk lain kerana manusia diberi akal fikiran (yg mampu membezakan perkara baik & perkara buruk)..
Dengan kesempurnaan inilah sebenarnya kita sebagai manusia perlu gunakan sebaik-baiknya akal yg telah Allah kurniakan untuk berfikir…(jadi apa yang ingin dihighlightkan disini adalah kita perlu menggunakan akal fikiran yg waras untuk menuntut ilmu) maka...mengapa tidak kita menuntut ilmu??
jom..kita fikirkan sejenak...cuma...kini,ramai golongan2 bijak pandai & ahli2 fikir yang menyanggahi nikmat dan tuntutan akal yang telah Allah kurniakan...mereka berfikir..mengkaji & mendalami seseuatu ilmu..namun,mereka begitu gah & berani sekali menggunakan ilmu yg telah mereka dalami untuk melawan Allah...ermm...na'uzubillah...moga kita semua dijauhkan dari golongan tersebut...(~.~)
Wallahu'alam..sekadar pendapat & pandangan...
0 comments:
Post a Comment