Fruity Cherry Heart
topbella

Wednesday, December 15, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

fiqah support..!! eh..sebelum tu...Assalamu'alaikum wahai rakan-rakan pembaca sekalian...
MySpaceapa pulak kali nie...??
sedang syok2 fiqah bersiar-siar dalam dunia bLog nie...secara sengaja fiqah termasuk ke bLog Abg Ben Ashaari...sedang godek2 blog beliau tulaah fiqah terbaca pasal kempen nie...fiqah tertarik dan tanpa membuang masa,fiqah pon terjah The PotPet King nie...jadi sebenarnya...entry fiqah kali nie...fiqah nak support kempen yang beliau anjurkan...iaitu COVER YOUR AURAT CAMPAIGN...!!!
MySpace bila berbicara tentang aurat nie...kadang-kadang mesti ada pembaca yang dah muak plus jemu plus rasa nak muntah...sebab apa...?? sebab dah selalu sangat dah hal nie dibicarakan...tapi persoalan nya kini...kenapa masih ada ramai antara umat isLam di luar sana yang masih kabur tentang menutup aurat nie...??

sebelum fiqah berceramah panjang...satu persoalan yang mesti dijawab oleh setiap umat islam pada diri sendiri adalah....APA HUKUM MENUTUP AURAT..?? especially bagi kaum Hawa...

Allah telah beriman dengan jelas dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka; …."

Sekiranya LARANGAN mahupun SURUHAN Allah sudah jelas di dalam Al-Quran...maka apakah hukumnya menutup aurat..?? Haruskah..?? Wajibkah...?? Sunatkah..?? Haramkah...?? ikut keselesaankah..?? ikut suka hatikah...?? masih ada keraguan kah kita dalam menentukan hukum menutup aurat bagi setiap musLim mahupun muslimah..?? tepuk dada..tanyalah IMAN....

"ek eleh...kecoh jer nk tutup2 aurat nie...orang pakai tudung pon wat dosa jugak....MySpace berzina jugak..baik aku ag...at least aku tak berzina walaupon aku tak pakai tudung....yang penting hati la wehh...hati mau baik laaaa....."

iye ke orang yang tidak menutup aurat itu dikira baik disisi isLam...?? memang diakui...orang yang bertudung atau yang menutup aurat itu masih tidak lepas dari melakukan sebarang kemungkaran...fiqah pon tak pernah sokong perbuatan tersebut..tapi ingatlah wahai rakan-rakan sekalian....jangan jadikan ayat 256 dari Surah Al-Baqarah yang bermaksud "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat..." sebagai alasan anda untuk berkata begini...

MySpace ISLAM tak paksa-paksa la wehhh..suka hati aku laahh..!!

kerana Allah telah berfirman lagi dalam surah yang sama sebelum itu iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu."

maka...jika anda wahai pembaca sekalian adalah seorang muslim mahupun muslimah...jadilah muslim & muslimah yang sebenar-benarnya berlandaskan syariat yang telah Allah gariskan....

Wallahu'alam...sekadar perkongsian serta peringatan bersama untuk dijadikan iktibar....

p/s : jadi apa lagi...jom2 ramai-ramai kita support kempen nie....sape lagi yang nak support Islam nie kalo bukan orang Islam sendiri kan..???

~i'm myself~

5 comments:

aniji said...

waa...info menarik ustazah...thx...hehehe

Kei Hiroki said...

thanks for supporting ye semua!
semoga usaha kecil kita semua ni diberkati Allah =)

kupasan yang menarik! rasa macam dengar ustazah bg tazkirah pulak..hehe..teruskan ye =)

Fiqah Alias said...

@aniji
huhu...sekadar berkongsi ilmu je nie..huhu..(^.^)

Fiqah Alias said...

@asyfiqaz
huhu...insyaallah selagi termampu mmg fiqah akan support...btw..bukan mcm dengar ustazah bg tazkirah..tp...mmg fiqah nie bakal ustazah pon..huhu..(^.~)

Ayeine Aeven said...

wahhh... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
i'm myself...