Fruity Cherry Heart
topbella

Thursday, November 18, 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah-Pesanan Sepanjang Zaman

Assalamu'alaikum wahai pembaca-pembaca blog sekalian..setelah hampir beberapa hari blog aku terkubur tanpa arah tuju..akhirnya aku kembali lagi dengan entry yg baharu..setelah berjanggut aku berfikir..setelah hampir botak aku garu kepala aku yg tak gatal nie..akhirnya...aku telah mengambil keputusan untuk menjadi ustazah shaggy afiqah..pada hari ini aku akan kongsikan sesuatu yg sempat aku 'google' beberapa minit yg lalu..bukan untuk bersuka-ria..bukan jua untuk bergelak-tawa jauh sekali untuk berguling-guling bergeli hati..sebaliknya...(tisu plisss..!!!) ini adalah perkongsian demi keinsafan..sesuatu yang mungkin telah lama kita semua lupakan...

Pada tanggal 9hb Zulhijjah Tahun ke 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah...Rasulullah telah berkhutbah...

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak- maka di sini jelas Rasulullah telah mengingatkan kita agar tidak mengambil hak orang lain..sebaliknya menyerahkan segala harta kembali kepada haknya...(dalam kondisi kita sekarang bagaimana...??? sudah terkembalikah harta kepada yg benar2 berhak..??)

Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu- kita akan ditanya di akhirat kelak..segala yg pernah kita lakukan especially kesalahan2 di dunia nie,jgn ingat senang2 je boleh lepas di akhirat nanti...kalau kesalahan dgn Allah,insyaallah kita boleh minta pengampunan dr Allah yg Maha Pengampun..namun..bagaimana pula dosa2 kita terhadap insan lain...??

berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil- Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa Syaitan akan sentiasa menghasut kita utk melakukan dosa serta berpaling dari Islam..namun,Rasulullah telah menjelaskan kpd kita bahawa syaitan laknatullah takkan mengajak kita melakukan kemungkaran secara nyata & besar2an..namun ingatlah bahawa sebenarnya dalam tak sedar kita mungkin telah pn terpedaya dgn hasutan syaitan dlm perkara2 kecil..(syirik khafi/tersembunyi misalnya...menolak hukum Allah)

Rasulullah juga turut menekankan rukun Islam...selain turut mengingatkan kita bahawa setiap manusia adalah sama..maka tiada maknanya pangkat darjat mahupun harta seseorang di sisi Allah (xde ape utk dibanggakan laaaa)

tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku- Rasulullah telah tegaskan disini bahawa mustahil akan ada rasul dan nabi selepas baginda...maka persoalan nya disini..mengapa masih ada antara kita yg masih terpedaya dgn pengakuan kononnya ada rASul melayu..n so on..bermacam-macam lagi...tidakkah kita pernah memahami khutbah terakhir dr Rasulullah ini...???

DAN YANG PALING UTAMA...
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

P/S: takde gunanya sekadar kita tahu bahawa Rasulullah telah tinggalkan 2 perkara tersebut andai hidup seharian kita (kenegaraan,sosial n so on) tidak kita ambil berdasarkan syariat AL-QURAN & SUNNAH baginda...(e.g : hukum islam..) WALLAHU'ALAM...SEKADAR PERKONGSIAN & INGATAN BERSAMA....(^_^)

2 comments:

An said...

terima kasih, ustazah fiqah! betul juge, kite selalu ingat rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) tinggal kat kite al-quran dan sunnah, tapi tak pernah ingat nak mendalami al-quran dan sunnah

Fiqah Alias said...

betul tu..kdg2 bila kita dh mendalami pn Al-Quran & As-sunnah tu,tapi kita jarang sekali berusaha utk memenuhi tuntutan Al-Quran & As-Sunnah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
i'm myself...