Semua orang mempunyai harapan yang tersendiri untuk direalisasikan dalam hidup. Begitu juga dengan saya. Pertama kali dalam hidup, saya diruntun kekecewaan yang amat sangat serta mengalami tekanan yang amat besar akibat harapan yang tidak kesampaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan yang saya peroleh sekali gus mengubah segala-galanya dalam hidup saya. Cita-cita untuk meneruskan pengajian ke universiti tempatan hanya tinggal mimpi yang tidak mungkin direalisasi. Dalam keterpaksaan itulah abah menyarankan saya untuk membuat permohonan ke Institut Pendidikan Guru.
Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Permohonan saya diterima dan saya dipanggil untuk menghadiri temu duga pada tarikh yang ditetapkan. Namun begitu, Allah masih mahu menguji ketetapan hati saya dalam membuat keputusan yang tepat. Saya sepatutnya mendaftarkan diri ke Matrikulasi Changlun pada tarikh tersebut iaitu pada 11 Mei 2009 yang juga merupakan tarikh yang sama saya perlu menghadiri temu duga tersebut. Sesungguhnya saya dalam dilema yang amat besar. Pada ketika itulah saya sujud dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah kerana saya yakin Allah telah menetapkan yang terbaik dalam hidup saya. Justeru, Institut Pendidikan Guru menjadi pilihan saya akhirnya sungguhpun pada ketika itu saya masih dalam keraguan yang nyata.
Pada 12 Julai 2009, awal-awal pagi sejurus selepas mengerjakan solat subuh, kami memulakan perjalanan dengan lafaz basmallah. Perasaan saya pada saat itu serba tidak kena dan bercelaru. Hanya degupan jantung yang kencang yang sudi menemani saya sepanjang perjalanan itu. Saya mula menanam segunung harapan dan cita-cita yang tinggi dalam diri saya untuk mencapai kejayaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah…Hidupku bermula pd tanggal 13 Julai 2009 pada jam 8.00 pg...
~to be continued~
0 comments:
Post a Comment