Fruity Cherry Heart
topbella
Showing posts with label sekadar perkongsian. Show all posts
Showing posts with label sekadar perkongsian. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Jaga Tepi Kain Orang itu PERLU...


eh3...kain Mak Temah terkoyak tu...uishhh3,seksi..kena bagitau kat Mak Temah nie..dia tak sedar kot kain yang dia pakai tu terkoyak...


"Mak Temah..tu haa,kain yang Mak Temah pakai tu terkoyak tuu..."

"Eh...amboi kau! Suka hati akulaaaaa...kain aku...yang kau sebok2 nak jaga tepi kain aku nie apahal pulak...tuuu,kau jaga kain kau tu cukuplaaaa...pantang btoi aku kalo org suka sgt jaga tepi kain org lain nie..xda keje lain ke nak buat?? huh!! "
http://zaazu.com

uuiiisshh,tudiaaaa...marah sakan Mak Temah tu...aku cuma tegur kain dia terkoyak je...haa,tapi tula hakikat sebenarnya dalam dunia realiti kita hari nie...bila ditegur sikit,marah...bila ditegur,melenting... bila nampak je dia buat salah,kita tegur baik-baik,balik-balik dia dok kata "jangan jaga tepi kain aku..." "biarla kat aku..kubur kita masing2 kan..??" "alaaa,sikit je nie.." dan jawapan yang paling brutal yang pernah aku terima "aloh,kalo bukan aku yang nak masuk neraka,sape ag kn..?? korang sume pakat2 nak buat baik je sesaklah syurga tu..so,biarla aku yang buat dosa.." huu,na'uzubillah!

hmm,manusia...kat dunia nie memang senang dan mudah sekali untuk melafazkan kata-kata itu ini itu ini...mungkin ada antara kita nie sebenarnya tak sedar yang kita ada hari penghitungan di sana...kalau kat dunia sekarang nie,kita yang buat pape salah akan cepat sgt melenting kalau ada org yang tegur kesalahan kita...tp...kat SANA nanti,keadaannya berbeza...time tu la nanti baru sume pakat-pakat nak tuding orang tu,tuding orang nie...tarik org tu,tarik org nie...time tula jadi cam lagu 'Bangau oh Bangau' keje dok salahkan org lain je...

"Ya Allah..tahan dulu orang tu..dulu dia nampak aku buat kemungkaran..tapi dia tak tegur aku pun..kalau dia tegur aku dulu mungkin aku akan berubah..."

haaaa! time tula baru tergadah kita yang ditudingnya..katakanlah waktu tu baru je syok2 kita nak melangkah ke syurga selepas selesai dihisab ape sume...tapi,disebabkan dosa orang lain dan orang tu pulak tuding kita sebab tak mencegah kemungkaran yang dia buat depan mata kita,CANCEL gtu jela langkahan kita utk ke syurga...kena hadap Allah...ape kita nk jawab?? nk bagi alasan kata taktau? nak kata xnampak? nak kata takut kena marah sebab tegur...??? nak kata takmau jaga tepi kain orang?? sedangkan...islam sendiri telah mewajibkan kita sume utk mencegah kemungkaran,jelas seperti yang dah dinyatakan dalam hadis nie ; 

Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”

jadi apa alasan kita nanti untuk berhadapan dengan Allah?? tepuk dada,tanyalah iman kita masing-masing...takutkan manusia atau takutkan Allah...Wallahu'alam...

http://zaazu.com
urm..mampu ke aku nak cegah kemungkaran yang aku nampak depan mata..??
p/s : jom jaga tepi kain org...hehe...utk yang perlu jelaaa...tp,jangan sampai masuk dalam kain orang dahlaaaa...tu cam dah mengaibkan orang je...
~i'm myself~


Wednesday, February 2, 2011

Melafazkan sememangnya lebih mudah......(~.~)

Assalamua'laikum kawan-kawan...

setelah penat fiqah merayap-rayap MySpace ke serata dunia blog nie untuk mencari idea...
nampaknya hanya kehampaan yang mengisi ruang kekosongan minda fiqah tatkala ini...
fiqah keblurran...!!! MySpace waaahh..tolong2...!!!
apa yang fiqah nak kongsikan kali nie yer..??MySpace haaa...back to da title...
"Melafazkan sememangnya lebih mudah...."
kawan-kawan setuju tak..??
sape setuju sila angkat tangan tinggi-tinggi Monkey

fiqah menulis entry kali nie sebenarnya rentetan peristiwa yang sering fiqah hadapi dalam dunia realiti fiqah sendiri...fiqah selalu dengar orang kata
"Experience is the best teacher because it give the trial first and the lesson afterwards"


sesungguhnya pengalaman yang mendewasakan kita dalam menempuh hidup yang penuh pancaroba nie...
tanpa pengalaman...kita takkan mampu untuk mengubah diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik kan..??
MySpace ehem3...fiqah...back to da title plisss..!!!

ooppsss!!! terlencong pulak...ok...sebenarnya apa yang cuba fiqah nak sampaikan kali nie adalah mengenai MASALAH...(ait..masalah pulak..tadi pengalaman..ish3..) 
setiap masalah yang kita hadapi,kita perlu menitikberatkan beberapa persoalan asas

APA..?? - apa masalah yang sedang dihadapi..??
DIMANA..?? - dimana punca masalah tu...??
SIAPA..?? - siapa yang mampu membantu selesaikan masalah tu..??
BAGAIMANA..?? - bagaimana untuk atasi masalah tu..??

yaa..!! dan setiap masalah tu...lebih baik kalau dikongsi bersama rakan yang kita percayai...luahkan segala yang terbuku dihati supaya perasaan & jiwa akan kurang dibebani dengan masalah sendiri...
MySpace dan bagi fiqah sendiri...bagi sesiapa saja sahabat handai fiqah yang ingin berkongsi...fiqah mampu untuk menjadi seorang pendengar yang setia...juga sebagai seorang penasihat yang baik serta sebagai pemberi motivasi yang baik...

..::: NAMUN :::..
MySpace
macam mana pulak kalau fiqah sendiri yang hadapi masalah tu..??

adakah fiqah akan berkongsi...??
adakah fiqah akan mencari seorang pendengar yang setia..??
adakah fiqah mampu tangani masalah tu..??
adakah fiqah mampu untuk me'motivate'kan diri fiqah sendiri...??

SUSAHKAN..??

MySpace
jadi...itulah yang cuba fiqah sampaikan dalam entry fiqah kali nie...
MUDAH untuk kita melafazkan...MUDAH untuk kita menasihati orang lain...MUDAH jugak untuk kita menenangkan hati dan perasaan orang lain yang sedang gundah & kesedihan...MUDAH jugak untuk kita menjadi seorang motivator kepada orang lain...

...TAPI...

kalau diri kita sendiri yang menghadapi situasi dan kesukarannya...memang SUSAHKAN...?? sebab...apa yang dapat fiqah simpulkan kat sini berdasarkan pengalaman fiqah sendiri adalah

"Melafazkan sememangnya lebih mudah...."
berbanding menghadapi realiti nya...


wallahu'alam..sekadar pendapat peribadi fiqah...
~i'm myself~

Friday, January 14, 2011

Mungkin YA...Mungkin TIDAK...!!!

Assalamu'alaikum semua rakan-rakan...
setelah agak lama fiqah menyepi akibat ke'busy'an yang agak melampau...
akhirnya...fiqah kembali dengan membawa seribu satu persoalan untuk dikongsikan bersama....
MySpace
Mungkinkah YA...mungkinkah juga TIDAK...??

apa yang YA dan apa pulak yang TIDAK nya kali nie yer..?? 

"apa pendapat anda tentang ketamadunan dunia dalam erti kata yang sebenarnya...??? adakah kita sebagai rakyat Malaysia ini sudah layak dikategorikan sebagai rakyat yang bertamadun...???"

dan jawapan yang sering diberikan sudah pastinya sama ada 
"YA atau TIDAK..."

begitu juga dengan fiqah...dah nama pon manusia kan...memang kompemla akan mudah terpengaruh dengan surrounding environment...kalau suara majoriti jawab YA...kita pon akan turut sama jawab YA...dan begitu juga sebaliknya...tup tup bila jawapan kita tu diprovokasi kan oleh segelintir pihak...keputusan serta pegangan kita mula goyah dan rapuh bagai lalang ditiup angin...kalo sebelum nie kita jawab YA...setelah diprovok sikit....terus tukar jawab TIDAK....

persoalannya kini...wajarkah itu yang berlaku..?? 
sejauh manakah keyakinan kita terhadap pandangan yang telah kita utarakan..??
sebagai seorang pemimpin dan khalifah di muka bumi Allah nie...wajarkah segala pendirian serta pendapat kita dengan mudahnya disangkal begitu sahaja..?? dan salahkan untuk kita menerima pandangan orang lain..??

MySpace jadi...
apa yang cuba fiqah sampaikan adalah...setiap manusia mempunyai pandangan mereka sendiri...setiap pandangan mereka tersebut sebenarnya berteraskan serta berlandaskan beberapa perspektif yang berbeza depends on individu tu sendiri...

oleh sebab tu laaa...tak kira laa sama ada kita sebagai seorang pemimpin mahupun sebagai seorang yang dipimpin...setiap pandangan haruslah dihormati...

~sebab apa..??~
MySpace

mari sama-sama kita fikirkan sejenak...
mengapa setiap kali kita menjalankan amali sains tak kira la experiment Biology ker...Chemistry ker...Physics ker...first step mesti kita kena buat REPORT kan..?? dan perkara pokok dalam REPORT adalah AIM atau TUJUAN....seterusnya...HYPOTHESIS atau ramalan awal....setelah itu...kita menjalankan experiment dengan mengambil kira VARIABLE yang terlibat dengan berdasarkan APPARATUS dan PROCEDURE yang telah ditetapkan...dan perkara terakhir yang paling penting adalah hasilnya...iaitu RESULT bersama CONCLUSION nya...

dan kebiasaannya...CONCLUSION yang kita dapat dari experimant tersebut adalah
 "bla bla bla bla....the hypothesis can be accepted...."

tapi..sepanjang fiqah menjalankan experiment di sekolah dulu...fiqah pernah juga mendapat CONCLUSION yang cam nie
"bla bla bla bla....the hypothesis cannot be accepted...."

jadi apa pulak kaitannya dengan entry fiqah kali nie..??

actually...fiqah nak ajak kawan-kawan berfikir sejenak...mengapa diwujudkan HYPOTHESIS atau dalam bahasa mudahnya PANDANGAN AWAL...?? secara holistiknya dapat fiqah simpulkan bahawa hal itu bermakna...setiap pandangan awal kita tak semestinya betul...dan tak semestinya juga salah...


...maka...
MySpace
untuk setiap pandangan individu...jangan dengan semudah-mudahnya kita mengiyakan atau menidakkan...sebaliknya...berfikirlah secara profesional & rasional dalam mempertimbangkan pandangan tersebut sebagai seorang Ahli Akademik...dan bagi seorang Ahli Akademik,segala persoalan dijawab dengan mudah...

"Mungkin YA...Mungkin juga TIDAK..."

p/s : soalan berkenaan tamadun tu adalah soalan yang paling bermakna dalam hidup fiqah...kalau dilihat secara lahiriahnya...memang fiqah sendiri akui langsung tiada nilai estetika yang mampu dinilai...tapi...apa yang menariknya adalah...bagi fiqah...secara keseluruhannya pandangan bagi menjawab soalan tersebut telah  mengubah mentaliti & cara pemikiran fiqah keseluruhannya...terima kasih wahai lecturer TITAS fiqah yang tercinta...

~i'm myself~


Tuesday, December 28, 2010

..::: SAYA BLOGGER PERAK :::..


MySpace

Dilanjutkan Allah Usianya Sultan
Adil dan murah Memerintah Watan
Ditaati rakyat Kiri dan Kanan
Iman Yang Soleh Allah Kurniakan
Allah Berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan
MySpace hai & Assalamu'alaikum semua...
amboi2...syoknyer fiqah nyanyi yer...hik3...
aiishhh....malu MySpace pulak fiqah kantoi tengah menyanyi sekarang...
 actually...fiqah bukan saje2 je nyanyi sekarang nie...
tapi...fiqah nak join SAHABAT BLOGGER MALAYSIA yang dianjurkan oleh BPM...eh...kena nyanyi ker..?? takdelaa sebenarnya...tapikan...kawan-kawan dah join belum..?? haaah?? belum..?? cepat3...jom ikut fiqah...kita join kat SINI....jangan lupa...join kat SINI tau...


ok3...sebelum fiqah mengarut lebih panjang lagi...jom3..back to da title...
..::: SAYA BLOGGER PERAK :::..
MySpace
haaa..nampak tak tu..?? fiqah blogger perak tau...
 pergghh...siap ada logo negeri lagi tu...hik3...anak jati perak betol fiqah nie yer...semangat2...ok3...disebabkan fiqah join segmen nie..maka..fiqah wajib jawab beberapa soalan cepu cemas nie...

MySpace
Nama anda
~fiqah..tapi..takda sape2 yang panggil fiqah nie fiqah..sume kawan-kawan panggil shaggy jer...kira shaggy tulah nama femes fiqah~
MySpace
Status anda
~fiqah masih teruna hak milik kekal parents fiqah lagi wat masa nie~
MySpace
Cara hubungi
~facebook takda..twitter pon takda~
~email yahoo jer ada-smackthat_fiqasaila@yahoo.com~
MySpace
Daerah/Jajahan
~wat masa nie fiqah still menetap kat Tapah,Perak~
~tapi dalam masa terdekat nie fiqah akan pindah ke Ipoh,Perak~
(tu sebab fiqah wat kat profile yang fiqah dok Ipoh,Perak..malas nak tuko banyak2 kali)
MySpace
Tempat tinggal
~Quarters Hospital,Tapah,Perak~
MySpace
Apa yang menarik di tempat anda
~hari-hari dapat dengar bunyi ambulans...nino nino nino beri laluan...huhu...best2 (tempat korg ada..?? xda kan..?? hee)~
MySpaceMySpace yeaahh..settle..senang jer nak join segmen nie...ate...kome2 tu udah join belum segmen nie...?? belum...?? loh..tunggu ape lagi kome2 nie...moh2 kite join skali...teman bukan ape...lagi ramei joinnye...lagi meriah wehh...moh kite yer...nak juge teman kenai mike....!!! ate...kome taktau kat mane nak joinnyer..?? klik jer SINI....

Wednesday, December 15, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

fiqah support..!! eh..sebelum tu...Assalamu'alaikum wahai rakan-rakan pembaca sekalian...
MySpaceapa pulak kali nie...??
sedang syok2 fiqah bersiar-siar dalam dunia bLog nie...secara sengaja fiqah termasuk ke bLog Abg Ben Ashaari...sedang godek2 blog beliau tulaah fiqah terbaca pasal kempen nie...fiqah tertarik dan tanpa membuang masa,fiqah pon terjah The PotPet King nie...jadi sebenarnya...entry fiqah kali nie...fiqah nak support kempen yang beliau anjurkan...iaitu COVER YOUR AURAT CAMPAIGN...!!!
MySpace bila berbicara tentang aurat nie...kadang-kadang mesti ada pembaca yang dah muak plus jemu plus rasa nak muntah...sebab apa...?? sebab dah selalu sangat dah hal nie dibicarakan...tapi persoalan nya kini...kenapa masih ada ramai antara umat isLam di luar sana yang masih kabur tentang menutup aurat nie...??

sebelum fiqah berceramah panjang...satu persoalan yang mesti dijawab oleh setiap umat islam pada diri sendiri adalah....APA HUKUM MENUTUP AURAT..?? especially bagi kaum Hawa...

Allah telah beriman dengan jelas dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka; …."

Sekiranya LARANGAN mahupun SURUHAN Allah sudah jelas di dalam Al-Quran...maka apakah hukumnya menutup aurat..?? Haruskah..?? Wajibkah...?? Sunatkah..?? Haramkah...?? ikut keselesaankah..?? ikut suka hatikah...?? masih ada keraguan kah kita dalam menentukan hukum menutup aurat bagi setiap musLim mahupun muslimah..?? tepuk dada..tanyalah IMAN....

"ek eleh...kecoh jer nk tutup2 aurat nie...orang pakai tudung pon wat dosa jugak....MySpace berzina jugak..baik aku ag...at least aku tak berzina walaupon aku tak pakai tudung....yang penting hati la wehh...hati mau baik laaaa....."

iye ke orang yang tidak menutup aurat itu dikira baik disisi isLam...?? memang diakui...orang yang bertudung atau yang menutup aurat itu masih tidak lepas dari melakukan sebarang kemungkaran...fiqah pon tak pernah sokong perbuatan tersebut..tapi ingatlah wahai rakan-rakan sekalian....jangan jadikan ayat 256 dari Surah Al-Baqarah yang bermaksud "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat..." sebagai alasan anda untuk berkata begini...

MySpace ISLAM tak paksa-paksa la wehhh..suka hati aku laahh..!!

kerana Allah telah berfirman lagi dalam surah yang sama sebelum itu iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu."

maka...jika anda wahai pembaca sekalian adalah seorang muslim mahupun muslimah...jadilah muslim & muslimah yang sebenar-benarnya berlandaskan syariat yang telah Allah gariskan....

Wallahu'alam...sekadar perkongsian serta peringatan bersama untuk dijadikan iktibar....

p/s : jadi apa lagi...jom2 ramai-ramai kita support kempen nie....sape lagi yang nak support Islam nie kalo bukan orang Islam sendiri kan..???

~i'm myself~

Wednesday, December 1, 2010

Beri Hadiah Pun Perlu Berdasarkan ZODIAC...???

Hadiah...hadiah...dan hadiah...!! huh...setiap kali ada function yang melibatkan aktiviti saling bertukar-tukar hadiah dengan kawan2...sudah pastinya fiqah akan menghadapi tekanan mentaL fizikaL emoSi...bukan apa..setiap kali itu jugalah fiqah akan ketaq sakan cam kena rasuk sawan demam kepialu...MySpace

semuanya disebabkan oleh HADIAH..!!! fiqah selalu bingung kalo bab2 nak bagi hadiah kat orang nie...

TAPI...sekarang tidak lagi..!!!MySpace fuhh..legaaa...

SEBAB..sekarang fiqah dah tau nak bagi hadiah apa walau kat sapa2 pon..yang penting..mesti tanya dulu kat orang tu..."awk2..awk zodiak pe ehh..???" (hehe...boleh caye ke cara nie..tapi kenapa mesti berdasarkan zodiak ehh..??)

Haa..sebenarnya memang zodiak boleh melambangkan 1001 rahsia diri seseorang. Mula-mula selidik bila dia lahir dan apa zodiaknya...bila dh tahu zodiak mereka, sikap mereka juga dapat disingkap dan seterusnya bolehlah memilih hadiah paling sesuai untuk mereka..!!! (owh~ gitu rupanya..) jom3...kita tengok...


Si Aries


Sekiranya si dia tu berbintang Aries, anda mempunyai 3 pilihan dalam menentukan hadiah yang paling sesuai untuk mereka. Mereka yang berzodiak Aries ini seorang yang bersemangat, aktif dan gemar untuk kekalkan tahap kesihatan mereka. Mereka juga gemar mengalu-alukan teman-teman dengan cara mereka sendiri. Selain itu mereka juga seorang yang bekerja keras dan pentingkan kejayaan dalam hidup. oleh yang demikian, hadiah yang paling sesuai untuk mereka misalnya barangan kesihatan, pinggan mangkuk dan jam. Pendek kata, hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah berkaitan dengan kesihatan dan juga barangan rumah, contohnya pinggan mangkuk yang mungkin digunakan bila menyambut kedatangan tetamu nanti!


Si Taurus



Sememangnya si Taurus yang terkenal dengan sikap rendah diri ini gemarkan hidup berkeluarga dan menghabiskan masa di rumah. Mereka ini juga cukup mahir dalam menguruskan soal kewangan. Jadi tak hairanlah jika mereka selalunya diberikan tugas sebagai menteri kewangan dalam keluarga. Selain itu, mereka juga gemarkan kehidupan yang aman damai. Dari segi pemilihan warna, mereka lebih gemarkan warna yang agak konservatif seperti coklat. Hadiah yang dicadangkan kepada mereka ini seperti dompet kulit, set pinggan,hamper makanan ataupun tv. Tapi ingat, walaupun mereka ini jenis tak berkira tentang harga hadiah yang bakal diberikan, tapi sudah pasti hadiah kamu itu tidak dapat dilupakan seumur hidup jika hadiah itu mahal! Biasalah, mereka ni kan gemarkan sesuatu yang mahal !


Si Gemini



Seseorang yang bernaung di bawah zodiak ini seorang yang pandai bergaul dengan sesiapa saja dan bijak memulakan perbualan biarpun dengan orang yang baru dikenali. Citarasa mereka tertumpu pada sesuatu yang moden dan menyukai warna yang terang. Selain itu mereka juga bersifat inovatif serta gemar dalam perkara yang berkaitan dengan dunia seni. Dicadangkan hadiah yang lebih bermakna bagi mereka ialah hadiah seperti housing telefon yang berwarna-warni dan comel,playstation,jaket terkini atau barangan kraftangan.Yang penting hadiah itu boleh mereka gunakan dan praktikal ! Tak perlu hadiahkan mereka yang mahal sangat pon...


Si Cancer



Seperti si Taurus, mereka yang berbintang Cancer ini menggemari suasana di rumah dan sanggup menghabiskan masa seharian di rumah saja. Bagi mereka, tak ada tempat yang lebih selesa daripada rumah. Mereka ni juga seorang yang berjiwa sentimental hingga kadangkala keterlaluan dalam menyambut tetamu. Dari segi penampilan, mereka gemarkan fabrik yang halus dan warna yang lembut. Hadiah yang paling sesuai diberikan kepada mereka seperti hiasan rumah, buku atau koleksi si anak patung yang comel!


Si Leo



Ternyata si Leo memang terkenal dengan citarasa mereka yang mewah dan tak dapat dipisahkan dengan dunia glamour. Mereka hanya menyukai sesuatu yang dirasakan terbaik. Pendek kata, mereka ini suka bersikap menunjuk-nunjuk dan sukar nak memahami orang lain. Hadiah yang dicadangkan seperti minyak wangi jenama terkenal, aksesori terkini atau sehelai jeans berjenama terkenal. Oleh yang demikian, jika benar kamu nak ambil hati mereka, bersedialah untuk keluarkan modal lebih untuk membeli hadiah yang berharga dan mahal untuk mereka. Tentu kamu dianggap teman yang baik hati.


Si Virgo



Mereka ini gemarkan sesuatu yang simple dalam hidup. Namun citarasa mereka dalam pemilihan pakaian dan hiasan rumah tidak kurang hebatnya tau. Selain itu mereka sangat mementingkan soal kerja yang bagi mereka adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. dalam pemilihan hadiah, mereka gemarkan hadiah yang praktikal bagi mereka. Misalnya jam tangan, buku masakan atau baju. Boleh juga mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Soal harga, mereka tak kisah. Asal ikhlas dan barang itu berguna.


Si Libra



Libra ini boleh tahan juga sikap romantisnya. Begitu juga soal berpakaian yang cukup diambil berat. Biar simple tapi menarik. Dalam pergaulan mereka mudah mendapat teman baru dan gemarkan muzik dan seni. Sekiranya bercadang hendak memberikan hadiah kepada si Libra, apa kata kamu memilih kotak muzik, wangian, tali leher atau VCD muzikal? 


Si Scorpio



Scorpio memang tidak dapat dipisahkan dengan air. Itu adalah elemen utama bagi mereka apatah lagi bila ingin berehat. Sebab itu percutian yang paling indah bagi mereka apabila pergi ke tempat-tempat seperti pantai. Hadiah yang dicadangkan seperti tuala mandi, aroma mandian atau pakej percutian ke pulau.


Si Sagitarius



Mereka ini memang cukup mudah untuk dipuaskan kerana mereka tidak banyak songeh. Segalanya diterima dengan terbuka. Memang tak susah untuk memilih hadiah untuk mereka ini. Namun Sagitarius gemar bergurau, sukakan aktiviti luar dan gemarkan gaya ringkas serta menarik. Dari segi pemakaian, mereka cukup bijak menyuaipadankan pakaian mereka. Hadiah yang dicadangkan seperti beg untuk aktiviti lasak, kasut sukan atau sebuah parti BBQ!


Si Capricorn



Corak pemikiran mereka agak konservatif dan mereka gemarkan hadiah yang punya kualiti dan praktikal. Dalam kehidupan seharian, mereka sentiasa pastikan penampilan mereka sentiasa dijaga. Dari segi pemilihan pakaian dan hiasan, mereka gemarkan yang bercorak klasik dan menarik. Hadiah yang sesuai untuk mereka seperti pakej penjagaan badan, set sikat atau diari.


Si Aquarius



Mereka yang berzodiak ini sering berubah-ubah citarasa mereka. Mereka juga kurang pandai berguaru dengan orang lain dan lebih serius. Bagi mereka, yang utama dalam hidup adalah keamanan dan kasih sayang. Hadiah yang dicadangkan ialah seperti hiasan aksesori, lukisan atau CD/kaset.


Si Pisces


Mereka ini cukup sensitif dan sukar difahami sikap mereka jika tidak didekati. Mereka pentingkan keluarga daripada segala-galanya. Begitu juga persahabatan yang mendapat tempat istimewa di dalam hati mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga sangat romantis orangnya. Hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka ialah seperti lilin wangi, kad atau sajak yang anda reka sendiri.


p/s : fiqah pulak...LEO...huhu...(tapi disebabkan fiqah sangat2 suke hadiah...fiqah x kisah orang nak bagi pape pon...bagi hadiah pape pon,fiqah layan jer...ngeeee~)

Sunday, November 28, 2010

Huruf pertama pada setiap pangkal nama juga pengaruhi personaliti...??

MySpace
"Nama sy bla bla bla...nama saya bla bla bla...nama saya pulak bla bla bla...."

haaa..itulah..jika ditanya nama masing-masing...sudah pastinya dengan bangganya mereka yang ditanya itu akan menjawab nama mereka dengan kembang kempis hidungnyer...ooppss!!! yeke..??? fiqah tak laa...

MySpace
btoi ke nie...??
tapi..persoalannya kini..tahukah anda semua bahawa sebenarnya,huruf pertama pada setiap pangkal nama anda juga turut  mampu mempengaruhi sikap serta personaliti seseorang...???
 (aiishh...gilor..!! xkan sume perkara pun buleh pengaruhi personaliti..?)

haaa...itulah yang anda mungkin tak tau....(fiqah pun xtau jugak dulu..) tapi disebabkan sekarang fiqah dh tau..maka fiqah nak bangga kongsi sikit laa bersama semua...
orang kata ilmu tak boleh kedekutkan..?? kedekut makanan takper
MySpacemari2...jom baca...

(A) -  Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda. (ehem3...terasa la pulaaak..^_^ ngeee~)

(B) Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit serta sanggup membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung. 

(C) Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular dalam kalangan rakan-rakan. Kelemahannya,mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. 

(D) Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.Kelemahannya adalah selalu bimbang  dan sukar mempercayai orang lain. 

(E) Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggungjawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

(F) Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.  (fiqah = ??) oh tidak!

(G) Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun. 

(H) Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.Tidak pernah melukai perasaan orang lain.Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi. 

(I) Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.Suka menangis. 

(J) Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. 

(K) Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri. 

(L) Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya,tidak menepati masa. 


(M) - Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat,kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala. 

(N) Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri. 


(O) - Serba boleh.Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menganggapnya sombong dan suka memilih teman. 

(P) Pandai berjenaka dan selalu ceria.Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros. 

(Q) Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi. 


(R) Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah. 

(S) - Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


(T) - Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah. 


(U) Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

(V) Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang. 


(W) Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan 
kesabaran dan kelembutan. 

(X) Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya. 

(Y) Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.Tidak berani mengemukakan pendapat. 

(Z) Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri. 


Wallahu'alam...sekadar perkongsian..sejauh mana kebenarannya..hanya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu...


p/s : nama penuh fiqah adalah NURUL AFIQAH....hehehe~

~i'm myself~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
i'm myself...