Fruity Cherry Heart
topbella

Sunday, November 28, 2010

Huruf pertama pada setiap pangkal nama juga pengaruhi personaliti...??

MySpace
"Nama sy bla bla bla...nama saya bla bla bla...nama saya pulak bla bla bla...."

haaa..itulah..jika ditanya nama masing-masing...sudah pastinya dengan bangganya mereka yang ditanya itu akan menjawab nama mereka dengan kembang kempis hidungnyer...ooppss!!! yeke..??? fiqah tak laa...

MySpace
btoi ke nie...??
tapi..persoalannya kini..tahukah anda semua bahawa sebenarnya,huruf pertama pada setiap pangkal nama anda juga turut  mampu mempengaruhi sikap serta personaliti seseorang...???
 (aiishh...gilor..!! xkan sume perkara pun buleh pengaruhi personaliti..?)

haaa...itulah yang anda mungkin tak tau....(fiqah pun xtau jugak dulu..) tapi disebabkan sekarang fiqah dh tau..maka fiqah nak bangga kongsi sikit laa bersama semua...
orang kata ilmu tak boleh kedekutkan..?? kedekut makanan takper
MySpacemari2...jom baca...

(A) -  Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda. (ehem3...terasa la pulaaak..^_^ ngeee~)

(B) Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit serta sanggup membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung. 

(C) Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular dalam kalangan rakan-rakan. Kelemahannya,mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. 

(D) Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.Kelemahannya adalah selalu bimbang  dan sukar mempercayai orang lain. 

(E) Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggungjawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

(F) Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.  (fiqah = ??) oh tidak!

(G) Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun. 

(H) Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.Tidak pernah melukai perasaan orang lain.Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi. 

(I) Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.Suka menangis. 

(J) Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. 

(K) Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri. 

(L) Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya,tidak menepati masa. 


(M) - Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat,kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala. 

(N) Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri. 


(O) - Serba boleh.Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menganggapnya sombong dan suka memilih teman. 

(P) Pandai berjenaka dan selalu ceria.Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros. 

(Q) Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi. 


(R) Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah. 

(S) - Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


(T) - Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah. 


(U) Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

(V) Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang. 


(W) Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan 
kesabaran dan kelembutan. 

(X) Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya. 

(Y) Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.Tidak berani mengemukakan pendapat. 

(Z) Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri. 


Wallahu'alam...sekadar perkongsian..sejauh mana kebenarannya..hanya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu...


p/s : nama penuh fiqah adalah NURUL AFIQAH....hehehe~

~i'm myself~

16 comments:

Nurul Afiqah Fuzai said...

Nama penuh aku pun Nurul Afiqah jugakkkk.

hihihi.

cik Syafiqah said...

nak share kat blog boleh??? tq...
^__^

Fiqah Alias said...

fiqah>>hehe...kita serupa...(^_^)

Fiqah Alias said...

cik Shafiqah>>silakan2...(^_^)

L said...

saper eeh, tuan blog neeeyh,, nk ngort la pulok asernyer..

Anonymous said...

nme saya NOR AIDA YANTI, patt la semua itu de kena mngena ngan hidup saya...3 sifat dlm diri ..hehe...

Fiqah Alias said...

L>>nk ngorat..?? x buleh..x buleh..nnt ade org mrh...(^_^)

Fiqah Alias said...

aida yanti>>hehe...lagi panjang nama..mungkin ag byk personaliti..(^_^)

mumumeow said...

(M) - Pandai dan kreatif,
suka kelembutan

huh?? betul ke nih???

dan jika dikongkong, mereka akan berontak.
maybe kot...


Senang dijadikan sahabat,kerana mereka tidak berkira.
betul kot..sbb mumu ske kwn ngan sume..(asal x cari pasal)

Kelemahannya, boros dan keras kepala
.
hehe...sememamgnye btullll...


satu huruf pun dah mcm2 prangai...klu yg byk2 lagi byk..huhu

Fiqah Alias said...

mumu>>haa..betol3..br satu urup tapi dh pening dh nk layan...hehehe~ (^_^)

Anonymous said...

saya pilih A dengan N..hehe...macam posotif ja saya ni..hehe

kambing golek said...

sy huruf N..baik hati....huhuhuhu

Solihin Zubir said...

sy S! owh tidak.. adakah sy seorg yg emo.. huhu.. =_='

Fiqah Alias said...

Tinta NurAz>>>hehe..kita serupa..!!mmg positif pun..(ecece masuk bakul angkat sndiri) hee~

Fiqah Alias said...

kambing golek>>heee~ fiqah pon N jugak...(^_^) baik2 jer..weeee~

Fiqah Alias said...

Solihin Zubir>> S..?? haaa..adakah anda emO..?? hehehe..tp sesuai la kan S & Z tu..kn3..?? (^_~)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
i'm myself...