Fruity Cherry Heart
topbella

Tuesday, November 23, 2010

Fakta Menarik Tentang MANUSIA...

Assalamu'alaikum wahai sekalian pembaca...hampir 3 hari jugak blog aku sunyi tanpa di update...pusing punya pusing..merayap punya merayap...merangkak punya merangkak..akhirnya...aku memutuskan untuk bercerita tentang diri kita semua....iaitu manusia...(p/s:beruang sama sekali dilarang utk baca entry nie)...

Sebenarnya..seperti yang telah kita semua ketahui...kita sebagai manusia sebenarnya merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna..hal ini telah Allah jelaskan di dalam Al-Quran...

ôs)s9 $uZø)n=y{ z`»|¡SM}$# þÎû Ç`|¡ômr& 5OƒÈqø)s? ÇÍÈ


4.  Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .


yaa...Allah telah jelaskan dengan jelas & terang bahawa kita sebagai manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan..namun begitu..pernah atau tidak kita ambil tahu tentang diri kita sendiri..?? betapa speselnya kita berbanding makhluk2 ciptaan Allah yang lain....

1-MANUSIA dikurniakan akal (haa..yg nie rasenye sume org dh tau..)
2-seorang WANITA yang mengandung mempunyai deria yang lebih sensitif
3-seorang WANITA lebih kerap berkelip matanya berbanding lelaki hampir sekali ganda kerap (...??? wanita memang suke main mata kot..??? )
4-seorang WANITA lebih kerap senyum berbanding lelaki (^_^) ~aku seorang wanita..aku suker senyum nieh~
5-ketepatan MANUSIA menghidu adalah 1/20 sahaja berbanding anjing (patut la aku x penah dengor ag manusia pengesan..anjing pengesan tu dh biasa dh..) owhh......('o')
6-air liur MANUSIA dikatakan mujarab untuk mengubat luka2 terbakar (jimat duit aku..!!)
7-menurut kajian,setiap MANUSIA mengucapkan 30 000 perkataan sehari & mengambil masa kira2 3 1/2 jam sehari utk bercakap (bagi yg boleh bercakaplaaa..tp,aku spisis pendiam..aku termasuk jugak ke dlm kategori tu..?? hehe...p/s:aku diam time tdo jer)
8-menurut kajian,MANUSIA akan mampu mengurangkan berat badan dengan mencium bau pisang & bau epal hijau (yess!! aku akan bukak ladang epal & pisang la pasnie...)
9-Gigi MANUSIA hampir sekeras batu (tambah2 gigi orang melayu laaa..ikan parang,jambu batu,belimbing besi..haaa..sume buleh gigit tu..ish3..respek2..)
10-sekiranya anda adalah MANUSIA, dan anda mendarabkan 526,315,789,473,684,210 dengan apa2 nombor...akan mendapat jumlah yang sama (btoi ker..?? satg aku try......)

dan......fakta yang paling tepat & benar...jeng jeng jeng....

11-aku adalah MANUSIA

p/s : fakta no 11 tu mmg dr dulu sampai sekarang xde yang cube2 pernah pertikaikan...kalau2 ada..haaa..cubelaahhh...

~i'm myself~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
i'm myself...