Fruity Cherry Heart
topbella

Saturday, November 13, 2010

Ada kaitan tarikh lahir & personaliti...???

Assalamu'alaikum...selamat pagi burung merpati yang menganggu tidurku di atas siling (rasa nk wat gulai merpati je)..selamat pagi wahai sang mentari,selamat pagi wahai kekasihku dunia akhirat (kpd yg terasa je..) ,selamat pagi semua...dan selamat pagi dunia..!!  (x kisah la skrg nie pagi ke tengahari ke..yg penting,sy suka cakap SELAMAT PAGI...sebab sy suka sgt SPM-Selamat Pagi Malaysia...) Sebenarnya semalam..banjir...semua org tau kot yg Perlis...Kedah...dilanda banjir...tp yg nie..mmg banjir besar..tp banjir nie berlaku di IPSAH (spesifikkan sikit laa..banjir tu berlaku di tubir mata seorang insan bernama Nurul (ayu ckit rasa kalau org panggil Nurul nie..) Maka pd pagi tengahari yg hening panas nie,wujud la seekor panda sesat kt sini...(mujur je Jabatan Haiwan Jinak xtau kewujudan panda kt cni)...

emm...tp itu memang bukan masalahnya...yg atas tu sekadar intro..pening sangat2 hari nie...so,ayat pun pusing sana pusing cni...xtau nk start camna...sebenarnya...hari ini bukan sesi meluahkan perasaan atau sesi untuk meredakan perasaan..tp,sekadar perkongsian...bila bangun je tidur td (dgn trkejutnye menatap wajah sendiri coz xleh nk beza dh ngn c panda) sy terfikir...

" tersalahkah aku memilih shbt2...?? atau...mereka kah yang tersalah memilih aku...?? "
fikir punya fikir...secara tiba2 sy teringat...seorang motivator pernah ckp..."...personaliti seseorg nie sebenarnya turut dipengaruhi oleh tarikh lahirnya..." hah...percaya la sgt !! ada apa pada personaliti...?? emm..penting ke untuk kita ketahui personaliti seseorg...??? sy pn apa lagi..terus google search..google punya google...inilah hasilnya....(meh2 sume..jom siap2 pegang kalkulator saintifik Casio fx-570MS)

Contoh makcik sy lahir pada 12 April 1974 
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif & suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self-esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
 
5. Intelektual
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

 

haa..betul atau tidak..wallahu'alam..sekadar berkongsi...haaa,sy sendiri pernah wat test nie kt sekolah time form6...hasilnya...mari kita sama2 mengira...(rasa cm tgh repeat paper addmath time skolah dlu jer)

sy lahir - 26 Julai 1991

26 + 7 +1991 = 2024
2 + 0 + 2 + 4 = 8

jadi...nombor lahir sy adalah 8...ada sape2 nk sy tolong kirakan..?? boleh2...no problem...
" weh shaggy...aku no 9....xde pon kt ctu no 9...."
eh3..ad no 9 ehh..huhu...tertinggal no 9 plak..haa..yg nie utk no 9 yer.....

- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.



6 comments:

Atika Natasha said...

kira kat aku sat plaggy!27/08/1991

Fiqah Alias said...

27+8+1991=2026
2+0+2+6=10
1+0=1

cik ika>>hng no 1..hehehe..same cm mkcik kte..bleh kte pggil ko mkcik?? mkcik wahsyyiii...hahaha...

Atika Natasha said...

buleh anakku.
tlg baca sat ap0 k0b0nd0 yg n0m 1 tuh..mkcik chantek tak nmpak lorh..hehe

Fiqah Alias said...

hehehe..makchek chantek..klo no 1 tu..mknenye makchek nie dh tuo..bkn tuo jer..malah makchek nie smakin chantekkk..mnjd rebutan rmai la makchekk..!! btoi x makchekk cantheekkk..??? hahaha..wekk3..muntah ijo laaa..

Atika Natasha said...

waaaahhh...sy mmg jadik rbutan..hehe..jeles2..

Fiqah Alias said...

jd rebutan ke jd rambutan...?? hahaha..wakakaka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
i'm myself...