Fruity Cherry Heart
topbella

Sunday, October 24, 2010

Sakit KEPALA...???

Haaaa...adakah anda sering diserang sakit kepala...??? adakah anda sering menelan Panadol or adik bradik seangkatannye demi mghilangkn sakit kepala tersebut...??? x loyakah ank tekak anda...??? atau adakah anda pnh brcita-cita utk mncabut kpale anda itu..?? ish3...tidak perlu lg sume 2...jd..disini,sekadar perkongsian...Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;
SUJUD KETIKA SOLAT PENAWAR SAKIT KEPALA
"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".

Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).
Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
Maka...bkn shj utk mghilangkn sakit kepala...malah sujud dlm solat juga turut mmbantu kita manusia dlm mmbuat sebarang keputusan atau pertimbangan...Disebabkn itulah...jika kita tgh srabut2 pk nk wat pilihan n kputusan yg tepat,kte disarankan utk sujud menyembah Allah dgn beristikharah...ad hikmahnye...!!

Wallahu'alam...sekadar berkongsi ngn rakan taulan...INDAHNYA ISLAM..!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
i'm myself...